PENGARAH PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK, PUAN RAFIDAH BINTI ABDUL AZIZ MERASMIKAN PELUNCURAN BUKU BEKOR.
KUALA KANGSAR,16 Disember 2024- Majlis perasmian dan peluncuran buku Bekor telah disempurnakan oleh Puan Rafidah binti Abdul Aziz, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) di Dewan Komuniti Kubang Udang, Kg. Bekor, Manong, Perak.
Program Sejenak di Bekor yang dianjurkan oleh Persatuan Karyawan Perak bersama Komuniti Bekor telah berjaya menghidupkan semula semangat perjuangan penduduk Bekor yang berlaku hampir 80 tahun lalu.
Majlis ini diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik, termasuk peluncuran buku berkaitan Bekor, deklamasi puisi, penceritaan sejarah Perang Bekor, dan persembahan sketsa tentang pahlawan perang dari Bekor.
PPANPk sangat menghargai usaha Persatuan Karyawan Perak dalam menerbitkan buku-buku tentang Bekor, termasuk novel Ketika Itu di Bekor, BEKOR: Sejarah & Harapan, dan Bekor: Di Sebalik Cerita Duka.
Kehadiran buku-buku ini turut menambah koleksi khazanah negeri Perak, yang dapat dimanfaatkan oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Hadir sama Dr Zabidin Hj Ismail, Presiden Persatuan Karyawan Perak.