PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMASAK BUBUR LAMBUK PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK

IPOH, 13 April 2023 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah mengadakan Program Gotong-Royong Memasak Bubur Lambuk bersempena dengan sambutan bulan Ramadhan pada tahun ini. Program tersebut dimulakan seawal jam 9.00 pagi dengan kerjasama semua kakitangan PPANPk. Gotong royong melibatkan kerja-kerja penyediaan bahan mentah sehinggalah kepada proses memasak, membungkus serta edaran.

Sebanyak 500 bekas bubur lambuk telah disediakan dan edaran telah dilakukan pada hari yang sama berlangsungnya Program “World #QuranHour 1444H/2023”. Program Gotong-Royong Memasak Bubur Lambuk Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak merupakan acara tahunan dan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara warga kerja PPANPk di samping memupuk sifat bersedekah.