BIBLIOTERAPI: ALTERNATIF TERAPI MINDA

KUALA LUMPUR, 21 MAC 2023 – Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak telah dijemput untuk menyampaikan Taklimat Biblioterapi: Alternatif Terapi Minda yang dianjurkan oleh Unit Pusat Informasi Perniagaan (BIC) dengan kerjasama Unit Kompetensi dan Pembangunan Bakat bertempat di MATRADE Club Lounge. Seramai lebih kurang 90 orang peserta yang terdiri daripada warga kerja MATRADE dan MITI telah terlibat dalam program yang dijalankan.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya kesihatan minda dan jiwa. Pendekatan ini mampu melahirkan pekerja yang cemerlang dan sentiasa berfikiran positif.

Antara pengisian program adalah peserta diperkenalkan dengan pelbagai jenis bahan dan buku yang boleh dikategorikan sebagai bahan biblioterapi. Sehubungan itu, biblioterapi mampu menjadi salah satu terapi sokongan untuk membantu rakyat Malaysia lebih memahami bahawa terdapat pelbagai terapi alternatif yang boleh digunakan dalam membantu penyembuhan minda dan jiwa seseorang. Ia tidak melibatkan kos yang tinggi dan boleh diaplikasikan di mana-mana sahaja.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, YBhg. Datuk Mustafa Abdul Aziz.