PPANPk PERKUKUH KOMPETENSI PUSTAKAWAN MELALUI PERKONGSIAN BIBLIOTERAPI
PULAU PINANG, 9 Februari 2026 – Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk), Puan Rafidah Binti Abdul Aziz telah dijemput sebagai penceramah dalam Program Latihan Pusat Transformasi Insan – Kompetensi Fungsian Skim Pustakawan (S) anjuran Pusat Transformasi Insan, Universiti Sains Malaysia (USM).
Beliau berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam biblioterapi atau terapi membaca, termasuk kepentingan kemahiran biblioterapi dalam meningkatkan perkhidmatan perpustakaan. Program tersebut memberi pendedahan kepada peserta tentang cara mengenal pasti golongan yang memerlukan terapi membaca serta menilai bahan perpustakaan yang sesuai digunakan dalam sesi biblioterapi, selaras dengan keperluan semasa.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan PPANPk dalam memperkukuh kerjasama strategik serta pembangunan modal insan dalam bidang kepustakawanan.






























































1.jpg)

























































-min.jpg)













































.jpg)
.jpg)





