BENGKEL TERAMPIL BERBICARA

IPOH, 15 November 2022– Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak telah menganjurkan Bengkel Terampil Bicara yang bertempat di Bilik Cempaka, Perpustakaan Awam Negeri Perak. Bengkel ini diadakan selama satu (1) hari untuk peringkat asas dan seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah telah menyertai bengkel yang dijalankan. Bengkel ini dijayakan melalui ceramah, perkongsian teknik serta latihan dalam kumpulan/individu. Program ini bertujuan untuk menyokong usaha kerajaan negeri Perak dalam membangunkan modal insan   berkeyakinan tinggi serta berketerampilan. Perkongsian teknik dan pengalaman ini telah disampaikan oleh kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak iaitu Encik Mohd Farhan Bin Hamzan dan Puan Sharifah Sulha Shafina Bt Syed Omar Nasiry.

Pengisian bengkel termasuklah Ceramah:“Yakin atau Mahir?”, Teknik Pengucapan Awam, Keterampilan Berbicara, serta pembentangan pengucapan daripada peserta.

Hadir sama, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Puan Rafidah Binti Abdul Aziz.