BENGKEL RESOURCE DESCRIPTION AND ACCESS (RDA)

IPOH, 1-2 November 2023 – Seramai 40 orang kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah menjalani Bengkel Resource Description & Access (RDA) di HUB Inovasi dan Multimedia, Digital Perak Corporation Holdings. Bengkel yang berlangsung selama 2 hari ini memberikan pendekatan kepada para peserta pengenalan kepada Resources Description & Access (RDA) yang merupakan Standard Pengkatalogan Antarabangsa yang baru bagi menggantikan AACR dalam proses pengatalogan deskriptif.

Sebagai maklumat tambahan, Pengkatalogan Deskriptif merupakan sebahagian daripada proses mengkatalog yang meliputi kerja-kerja menghurai/ menyenarai dan menyusun maklumat bibliografi dengan menyediakan deskripsi bahan perpustakaan serta menentukan punca akses, sama ada melalui nama, judul dan lain-lain.

Antara modul bengkel yang dipelajari seperti Transformasi AACR kepada RDA, RDA Toolkit dan Polisi RDA Malaysia, Pengenalan MARC 21, RDA & MARC 21 untuk Monograf dan bahan-bahan lain.

Terima kasih kepada penceramah bengkel iaitu Puan Nor Afizah Mafrodi dan Puan Dayang Norainie Awang Junidee daripada Pusat Bibliografi Negara, Perpustakaan Negara Malaysia dalam perkongsian Ilmu dan mengendalikan bengkel berkenaan. Semoga ilmu yang diperolehi oleh para peserta dapat dipraktikkan dalam kerja-kerja pengkatalogan bagi menampung keperluan bahan berbentuk digital dan persekitaran teknologi masa kini.