BENGKEL PEMANTAPAN PENGURUSAN 2023 PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK

IPOH, 29 November 2023- YBrs. Puan Rafidah binti Abdul Aziz telah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Bil.4/2023  dan Bengkel Pemantapan Pengurusan 2023, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak di Travelodge.

Mesyuarat bermula pada jam 8.00 pagi dengan kehadiran semua Ahli Mesyuarat Pengurusan PPANPk. Ianya juga merupakan mesyuarat pengurusan bilangan terakhir bagi tahun 2023. 

Seterusnya Bengkel Pemantapan Pengurusan turut melibatkan penyertaan seramai 35 orang daripada pegawai dan kakitangan setiap bahagian dan unit. Ianya bertujuan mengadakan perbincangan dan pembentangan perancangan tahun 2024 untuk setiap bahagian.

Di akhir program, YBrs. Puan Pengarah mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua dalam menyumbangkan idea dan cadangan bagi tahun 2024. Beliau juga menyeru kepada semua kakitangan untuk bersama-sama menggembleng tenaga dan berganding bahu bagi melaksanakan program yang telah dirangka pada tahun hadapan.