BENGKEL MODUL PENGURUSAN PRESTASI MYPERFORMANCE HRMIS PPANPk

IPOH, 6 Mac 2024 – Seramai 39 orang kakitangan dan pegawai Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah menjalani Bengkel Modul Pengurusan Prestasi MyPerformance HRMIS di HUB Inovasi dan Multimedia (HIM). Bengkel ini memberikan pendekatan kepada para peserta pemahaman ke atas MyPerformance (Sistem Pengurusan Prestasi HRMIS) yang akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2024.

Sebagai makluman, MyPerformance (Sistem Pengurusan Prestasi HRMIS) akan menggantikan sistem penilaian prestasi iaitu Modul Pengurusan Prestasi LNPT HRMIS untuk tempoh dua 2 tahun bermula 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2023 dan ianya juga telah ditetapkan sebagai tempoh familiarisasi MyPerformance. Sepanjang tempoh tersebut, LNPT HRMIS dan MyPerformance HRMIS bagi tahun penilaian 2022 dan 2023 hendaklah digunakan secara serentak (duel system) dan markah LNPT masih lagi digunakan bagi urusan sumber manusia. Sepanjang pelaksanaan ini, Borang Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dihentikan dan digantikan dengan Sasaran Kerja Utama (SKU). Bengkel ini juga turut memberikan pembelajaran secara praktikal kepada peserta bagi 6 modul prestasi MyPerformance iaitu Sasaran Kerja Utama, Penglibatan dan Sumbangan, Kompetensi Tingkah Laku (KTL), Kompetensi Fungsian, Nilai Sepunya dan CDC (Career Development Conversation).

Terima kasih kepada penceramah bengkel iaitu Puan Rozita binti Mohamed, Pegawai dari Unit Seksyen Pengurusan Data, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dalam perkongsian Ilmu dan mengendalikan bengkel berkenaan. Semoga ilmu yang diperolehi oleh para peserta dapat digunakan dalam penyediaan MyPerformance dan berjaya dilaksanakan sepenuhnya mengikut jadual tarikh yang telah ditetapkan bagi tahun 2024.