BENGKEL PEMANTAPAN KPI 2025 PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK

TAIPING, 25 November 2024- Mesyuarat Pengurusan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak Bil.4/2024 telah dipengerusikan YBrs. Puan Rafidah binti Abdul Aziz, Pengarah PPANPk di Hotel Grand Baron. Tujuan utama mesyuarat adalan untuk melaporkan segala program bahagian dan unit sepanjang tahun 2024.

Seterusnya Bengkel Pemantapan KPI 2025 PPANPk yang diadakan pada 25-26 November 2024 turut melibatkan penyertaan seramai 25 orang daripada pegawai dan kakitangan setiap bahagian dan unit. Ianya bertujuan untuk membentangkan cadangan program-program atau aktiviti PPANPk yang boleh di naik taraf menjadi program yang berimpak tinggi serta mengenal pasti sasaran setiap perancangan strategi jabatan.

Di akhir program, YBrs. Puan Pengarah mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua peserta dalam menyumbangkan idea dan cadangan bagi tahun 2025. Adalah diharapkan sokongan komitmen berterusan oleh semua kakitangan dapat meningkatkan prestasi jabatan dari masa ke semasa.