BENGKEL ASAS SENI UKIR HALUS HULU KERIS BERSAMA MAD KARAI DAN DEMONSTRASI HULU KERIS, GALERI KHAZANAH NEGERI PERAK
IPOH, 15 Ogos 2026 - Telah berlangsung Bengkel Asas Seni Ukir Halus Hulu Keris bersama Mad Karai dan Demonstrasi Hulu Keris bersama En Naim di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) dengan kerjasama Persatuan Seni Warisan, Pusaka dan Budaya Negeri Perak (SUWAKA) bagi memberi pendedahan dan memperkenalkan asas seni ukiran halus tradisional dan mempelajari teknik asas ukiran hulu keris secara praktikal.
Penglibatan peserta dari pelbagai negeri meluangkan masa menyertai bengkel ini amatlah dihargai. Majlis penyampaian cenderahati kepada peserta telah disampaikan oleh Puan Norawati binti Mohamad Ali, Ketua Unit Perkhidmatan Korporat dan Kualiti, PPANPk.
Melalui pengalaman ini diharapkan para peserta dapat bersama-sama menghayati, memelihara dan memperkukuh usaha kelestarian seni warisan budaya Melayu buat generasi akan datang.



































































































1.jpg)

























































-min.jpg)













































.jpg)
.jpg)





