PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN BERGERAK SEMPENA PROGRAM BULAN MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH

IPOH, 11 JUN 2025 – Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak telah dijemput untuk menyertai Program Bulan Membaca Peringkat Sekolah yang berlangsung di perkarangan Sekolah Kebangsaan Klebang Jaya, Ipoh. Program ini merupakan satu inisiatif untuk memupuk serta menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan murid sekolah rendah.

Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan sepanjang program ini, antaranya termasuk Taklimat dan Promosi Perpustakaan, Permainan Robotik serta pengenalan kepada penggunaan Boox Note, iaitu sebuah peranti digital yang menyediakan akses kepada bahan bacaan elektronik.

Penyertaan Perpustakaan Bergerak telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para guru dan murid. Perpustakaan Bergerak yang dilengkapi dengan pelbagai koleksi buku telah menarik minat pengunjung dan meningkatkan kesedaran tentang kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan.