MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAKLIMAT MERANCANG KEWANGAN UNTUK KEBAIKKAN AKHIRAT

IPOH, 15 September 2023-Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri (PPANPk) Perak telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin Dan Taklimat Merancang Kewangan untuk Kebaikkan Akhirat. Majlis ini disambut secara sederhana oleh semua kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak. Majlis dimulakan dengan Bacaan Yassin dipimpin oleh Encik Muhammad Farhan Ketua Biro Agama KREKAP. Turut hadir sama dalam majlis in Pn Rafidah bt Abdul Aziz Pengarah PPANPk. Majlis diteruskan dengan Taklimat berkenaan Produk dan Perkhidmatan Tabung Haji yang di sampaikan oleh Tuan Hj.Syed Mohd Ghazali bin Syed Hashim Pegawai Khidmat Pendeposit Tabung Haji Ipoh. Seterusnya, Taklimat Skim Penghospitalan dan Pembedahan CUEPACS-KIfayah Care dan Hibah Khas yang disampaikan oleh En.Muhammad Idham Aisamuddin B Roshidi, Pegawai Eksekutif Kifayah Care.