Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2022 & Majlis Sanjung Budi Lambaian Kasih Siri 1/2023

IPOH, 25 Julai 2023 – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2022 & Majlis Sanjung Budi Lambaian Kasih Siri 1/2023 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) bertempat di Impiana Hotel, Ipoh.

Program ini bertujuan untuk meraikan Pegawai Perkhidmatan Awam yang bersara 2022/2023, memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada 11 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021 dan 22 penerima Sijil Penghargaan Perkhidmatan Terampil di atas perkhidmatan cemerlang sepanjang tahun 2022. Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah PPANPk, Yang Behormat Khairudin bin Abu Hanipah.