AMAZING STAFF: WORKING BY HEART AND MIND

IPOH, 21 dan 22 Ogos 2023 – Seramai 93 orang kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah menjalani Kursus ‘Amazing Staff ~ Working by Heart and Mind’  dengan jayanya di Tower Regency Hotel & Apartments. Kursus yang berlangsung selama 2 hari 1 malam ini  memberikan pendekatan kepada para peserta untuk mengenali “Potensi Unggul” yang tersembunyi  dalam diri, memahami konsep “The Power of Giving” dalam berorganisasi, pemahaman yang jelas tentang konsep “Tujuan Hidup vs Keperluan Hidup”, “Kerja Baik vs Ikhlas” serta memupuk budaya kerja yang pentingkan semangat “Ukhuwah” dan “Saling Membantu”.

Terima kasih kepada penceramah kursus yang juga merupakan seorang kaunselor berdaftar iaitu Tuan Mohamad Hasbullah bin Mustafa dalam berkongsi Ilmu dan mengendalikan kursus berkenaan. Semoga ilmu yang diperolehi oleh para peserta dapat diamalkan dan seterusnya membentuk budaya kerja yang cemerlang.