VAN PERPUSTAKAAN DIGITAL PPANPk PERLUAS AKSES BACAAN KEPADA MASYARAKAT

IPOH, 16 Mac 2026 – Majlis Perasmian Van Perpustakaan Digital Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Saarani Bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan sempena Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 2/2026 yang berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh.

Hadir sama, YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; YB Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak, YB Dato’ Khairudin Bin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan merangkap Pengerusi PPANPk; dan YBrs. Puan Rafidah binti Abdul Aziz, Pengarah PPANPk.

Turut hadir ialah YB Dato’ Mohd Zolkafly Bin Harun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan; YB Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Bin Jamaluddin, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam; YB Dato’ Sivanesan A/L Achalingam, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional; YB Encik Kok Lim, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau; serta YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Majlis tersebut turut disaksikan oleh ketua-ketua jabatan serta orang ramai yang hadir memeriahkan program berkenaan.

Inisiatif Van Perpustakaan Digital ini merupakan usaha PPANPk dalam memperluaskan akses kepada sumber ilmu dan maklumat kepada masyarakat dengan memanfaatkan teknologi digital. Melalui kemudahan ini, orang ramai berpeluang menikmati pelbagai bahan bacaan serta perkhidmatan perpustakaan dengan lebih mudah dan fleksibel.

Pelaksanaan perkhidmatan ini juga selaras dengan aspirasi untuk memperkasa budaya membaca di samping merapatkan jurang akses maklumat dalam kalangan komuniti di seluruh negeri Perak.

Dengan slogan “Ilmu di hujung jari, menghubungkan komuniti”, Van Perpustakaan Digital PPANPk diharapkan dapat menjadi medium yang menghubungkan masyarakat dengan dunia ilmu secara lebih meluas dan inklusif.