SESI LATIHAN DALAM PERKHDIMATAN (LADAP) UNTUK GURU DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA SK RAJA CHULAN
IPOH, 31 Julai 2025 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak telah menerima jemputan untuk sesi Latihan Dalam Perkhidmatan Awam (LADAP) kepada guru dan anggota kumpulan pelaksana di SK Raja Chulan. Tajuk perkongsian ilmu dalam sesi LADAP ini adalah Biblioterapi, di mana buku merupakan salah satu pendekatan atau medium sebagai penyembuhan.
Taklimat dalam sesi LADAP ini telah disampaikan oleh Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak iaitu YBhg. Puan Rafidah Binti Abdul Aziz. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Guru Besar SK Raja Chulan kerana menjemput Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak dalam sesi LADAP yang dijalankan.