PPANPk TERIMA SIJIL PENGHARGAAN AMALAN TATAKELOLA CEMERLANG 2025
IPOH, 26 Januari 2026 – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) terus mencatat pencapaian membanggakan apabila menerima Sijil Penghargaan Amalan Tatakelola Cemerlang Tahun 2025 sempena Konvensyen Integriti & Antirasuah Perak Sejahtera Tahun 2026 (KIAPS 2026) dan Majlis Peluncuran Program Keep Malaysia Clean (KMC) Peringkat Negeri Perak yang berlangsung di Dewan Banquet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Sijil penghargaan tersebut telah disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak kepada Pengarah PPANPk, sebagai pengiktirafan terhadap komitmen berterusan organisasi dalam melaksanakan amalan urus tadbir yang cemerlang, telus dan berintegriti demi penyampaian perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.



























































1.jpg)

























































-min.jpg)













































.jpg)
.jpg)





