PERHIMPUNAN BULANAN PPANPk BIL.2/2025: AMANAT PENGARAH CETUS SEMANGAT BAHARU
IPOH, 14 NOVEMBER 2025 – Perhimpunan Bulanan Bil. 2/2025 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah diadakan bertempat di Dewan Serbaguna, Pejabat Kerajaan Negeri Perak, Ipoh. Perhimpunan ini telah dihadiri oleh YBrs. Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Puan Rafidah Binti Abdul Aziz, bersama Ketua-ketua Bahagian dan kakitangan PPANPk.
Secara keseluruhan, seramai 144 orang kakitangan telah hadir di seluruh negeri Perak.
Antara intipati utama Perhimpunan Bulanan kali ini ialah penyampaian amanat oleh YBrs. Pengarah yang menekankan kepentingan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan, pengukuhan integriti serta komitmen berterusan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat. Turut dibentangkan ialah perkembangan semasa Kerja-kerja Naik Taraf Perpustakaan Digital, pengurusan kewangan dan perancangan tahun 2026 meliputi aspek tadbir urus, operasi dan penyampaian perkhidmatan.
Sesi kedua perhimpunan diteruskan dengan PROGRAM 1RAPi – Kempen Keselamatan Kebakaran yang telah disampaikan oleh Encik Reuben Teoh Seng Sheong dari Fire Preventors’ Society. Sesi ini memberi pendedahan mengenai langkah-langkah keselamatan, tindakan kecemasan ketika berlakunya kebakaran serta kepentingan meningkatkan kesedaran keselamatan bagi memastikan kesejahteraan seluruh warga PPANPk.
Sesi ini turut memberikan kesedaran tentang bahaya kebakaran serta keperluan pemasangan alat pemadam api (fire extinguisher) dan alat pengesan asap (smoke detector), khususnya di kediaman bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kesiapsiagaan di persekitaran domestik.





















































1.jpg)

























































-min.jpg)













































.jpg)
.jpg)





