TAKLIMAT GARIS PANDUAN DAN PENYERAHAN SURAT PELANTIKAN SEMULA PEGAWAI KONTRAK PPANPk
IPOH, 4 September 2025- Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah menganjurkan Taklimat Garis Panduan dan Penyerahan Surat Pelantikan Semula Pegawai Kontrak bertempat di Hotel Seri Malaysia.
Program ini diadakan bagi memberikan penerangan yang jelas berhubung garis panduan perkhidmatan kontrak, hak dan tanggungjawab pegawai, serta prosedur pelaksanaan tugas yang selaras dengan peraturan perkhidmatan awam. Majlis turut diserikan dengan penyerahan surat pelantikan semula kepada pegawai kontrak sebagai simbolik penerusan khidmat bakti mereka bersama PPANPk.
Penganjuran ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman pegawai kontrak terhadap tatacara kerja, memupuk kesedaran tentang kepentingan etika profesional serta menyemarakkan semangat baharu dalam melaksanakan amanah kepada masyarakat.