PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN BERGERAK KE PERPUSTAKAAN AWAM CAWANGAN SELAMA SEMPENA PROGRAM ASTROSTEM (PENGEMBARA PINTAR)
Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak telah dijemput untuk mengadakan aktiviti di Perpustakaan Awam Cawangan Selama pada 24 September 2025 bagi memeriahkan Program Astrostem (Pengembara Pintar). Program ini berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga 1.00 petang di Perpustakaan Awam Cawangan Selama. Antara aktiviti menarik yang dijalankan ialah Permainan Robotik, Virtual Reality (VR) dan perkhidmatan membaca secara dalam talian (Boox Note). Program Astrostem ini turut melibatkan kerjasama daripada ADTEC Kulim dan dianggarkan seramai 300 murid serta 36 pelajar kolej ADTEC telah menyertai program ini. Terima kasih atas jemputan serta sambutan daripada para pengunjung.