PEMBENTANGAN KERTAS KERJA MENELUSURI SEJARAH PERAK: SATU PERKONGSIAN OLEH PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK SEMPENA SEMINAR ANTARABANGSA KEDAH : HISTORIOGRAFI NUSANTARA 2025

Kedah, 27 MEI 2025 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah menghantar wakil bagi mewakili jabatan dalam Seminar Antarabangsa Kedah anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Persatuan Sejarah Lisan Malaysia (PSLM) yang diadakan pada 27 dan 28 Mei 2025 di Perpustakaan Digital Kedah.

Kumpulan yang diketuai oleh Puan Wirda Lisa @ Halim Dalina binti Mohd Arsad telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk Menelusuri Sejarah Perak : Satu Perkongsian dalam seminar ini bagi perkongsian idea dalam mengetengahkan sejarah dan warisan serta memperjuangkan khazanah penting dalam naratif Nusantara. Turut serta dalam seminar ini adalah Puan Norlela Azimah binti Abdullah Zawawi, Encik Mohd ‘Azim bin Samsudin dan Encik Muhammad Syahmi Fitri bin Khairizan.