PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN BERGERAK KE TADILA LITTLE CALIPHS PERMATA PINTAR TAMAN BOTANI

Pada 09 September 2025, Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak telah dijemput untuk mengadakan program di Tadika Little Caliphs Permata Pintar Taman Botani, yang melibatkan seramai 65 murid.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk pembacaan buku di dalam bas perpustakaan bergerak, Taklimat dan Promosi Perpustakaan, Aktiviti IQ Genius, Sesi Bercerita, Riang Ria dan Lawatan Bas Multimedia. Selain itu, suasana program juga meriah dengan kehadiran maskot DINA yang menghiburkan murid.

Program ini bertujuan untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid sambil memberi mereka pengalaman pembelajaran yang penuh keceriaan. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.