MESYUARAT KERJASAMA SEKTOR SUMBER TEKNOLOGI PENDIDIKAN, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK BERSAMA PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK

Mesyuarat kerjasama antara Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak telah diadakan sebagai platform perbincangan serta perkongsian idea ke arah memperkukuh perkhidmatan pendidikan dan maklumat kepada pelajar serta masyarakat Negeri Perak.

Perbincangan memberi tumpuan kepada pemantapan pengisian program, penerokaan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi, serta pertukaran pandangan bagi meningkatkan kualiti dan keberkesanan perkhidmatan yang ditawarkan.

Kerjasama ini diharap dapat memperkukuh peranan perpustakaan dan institusi pendidikan sebagai pemangkin pembudayaan ilmu, memperluas akses maklumat serta menyokong pembelajaran sepanjang hayat demi manfaat bersama.