DUA MESYUARAT UTAMA PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA (PNM) PERKUKUH JALINAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI DAN PERSEKUTUAN

IPOH, 10 November 2025– Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah menjadi tuan rumah bagi menjayakan Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Perpustakaan Awam Negeri Bil. 3/2025 dan Mesyuarat Program Galakan Membaca Kebangsaan Bil. 3/2025. Seramai 52 orang yang terdiri daripada Pengarah-pengarah dan pegawai Perpustakaan Awam Negeri (PAN) dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah hadir di Hotel Impiana.

Pada sesi pagi, Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Perpustakaan Awam Negeri Bil. 3/2025 telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Anisatul Wahidah binti Abdul Wahid, Timbalan Ketua Pengarah PNM. Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada perbincangan berhubung pembangunan serta penambahbaikan infrastruktur perpustakaan di peringkat negeri.

Sementara itu, pada sesi petang, Mesyuarat Program Galakan Membaca Kebangsaan Bil. 3/2025 yang juga telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Anisatul Wahidah binti Abdul Wahid, Timbalan Ketua Pengarah PNM menumpukan perhatian terhadap strategi memperkukuh budaya membaca selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.

Semoga kedua-dua mesyuarat ini memberikan manfaat yang besar serta memperkukuh jaringan kerjasama antara PNM dan Perpustakaan Awam Negeri dalam usaha memperkasa perkhidmatan perpustakaan dan membudayakan amalan membaca di seluruh negara.