MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK (PPANPk) BIL. 04/2025
IPOH, 12 DISEMBER 2025 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarah PPANPk Bilangan 04/2025 bertempat di Travelodge Ipoh Hotel.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB Dato’ Khairudin bin Abu Hanipah, Pengerusi Lembaga Pengarah PPANPk bagi Sesi 2025/2026. Pelbagai perkara penting telah dibentangkan, antaranya pembentangan Laporan Tahunan PPANPk, serta cadangan penambahbaikan dan pengemaskinian tadbir urus PPANPk bagi tahun 2026 yang telah dibentangkan oleh YBrs. Puan Rafidah binti Abdul Aziz, Pengarah PPANPk.
Selain itu, beberapa kertas cadangan dan polisi yang telah ditambah baik turut dibentangkan untuk pertimbangan dan kelulusan Ahli Lembaga Pengarah PPANPk. Diharapkan pelaksanaan polisi, penambahbaikan serta pengemaskinian tadbir urus PPANPk bagi tahun 2026 ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, seterusnya memperkukuh pengurusan organisasi dan memacu PPANPk ke arah kecemerlangan yang lebih mampan dari segi perkhidmatan, pengurusan, inovasi dan penyampaian maklumat kepada masyarakat.

























































1.jpg)

























































-min.jpg)













































.jpg)
.jpg)





