MESYUARAT AGONG KREKAP DAN MAJLIS HIGH-TEA MERIAH DENGAN TEMA RETRO DAN KLASIK
IPOH, 16 Februari 2025 - Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Rekreasi dan Kebajikan Kakitangan (KREKAP) kali ke-19, 2024 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) & Majlis High-Tea “Semarak Kasih Sehati Sejiwa” telah berlangsung dengan penuh meriah di Galasa Caldwell Ipoh. Tema retro dan klasik yang diketengahkan dalam majlis ini membangkitkan nostalgia dalam kalangan peserta yang hadir.
Turut hadir memeriahkan majlis ini adalah Pengarah PPANPk, YBrs. Puan Rafidah Binti Abdul Aziz yang juga merangkap Penasihat KREKAP. Majlis bertambah ceria dengan pertandingan pakaian terbaik yang menyaksikan empat pemenang dipilih bagi kategori lelaki dan wanita. Selain itu, cabutan bertuah serta cabutan misteri “Semarak Kasih Sehati Sejiwa” turut menghangatkan suasana. Diharapkan jalinan persahabatan dan silaturahim dalam kalangan kakitangan KREKAP akan terus kukuh dan berkekalan di masa hadapan.