KURSUS PENAMPILAN DIRI & SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2026 DIRASMIKAN OLEH PENGARAH PPANPk
IPOH, 28 Jun 2026 – Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Perak telah menganjurkan Kursus Penampilan Diri, Komunikasi, Etiket Sosial & Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Perak Tahun 2026 bertempat di Hotel MH, Ipoh.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Rafidah binti Abdul Aziz, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, dengan diiringi oleh YBrs. Puan Hajar binti Ahamed, Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Perak.
Program ini bertemakan “Guru Bitara Nadi Negara”, selaras dengan usaha memperkasa profesionalisme dan sahsiah warga pendidik melalui aspek penampilan diri, komunikasi berkesan serta etiket sosial yang berkualiti.
Dalam majlis tersebut, turut diadakan penyampaian Penghargaan Jasamu Dikenang serta Sijil Pelantikan Jurulatih Utama Negeri Perak kepada para penerima sebagai pengiktirafan atas sumbangan dan komitmen mereka.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur atas kejayaan pelaksanaan program ini. Tahniah dan syabas juga kepada semua pihak yang telah menjayakan Kursus dan Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Perak Tahun 2026 ini.


















































































1.jpg)

























































-min.jpg)













































.jpg)
.jpg)





