PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN BERGERAK SEMPENA KARNIVAL KITA ANAK MALAYSIA (KAMI 2025)

IPOH, 13 September 2025 – Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak telah dijemput untuk memeriahkan Karnival Kita Anak Malaysia (KAMI 2025) anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia. Program ini berlangsung dari pukul 7.00 pagi hingga 4.00 petang di Mydin Mall Meru Raya, Ipoh Perak. Antara aktiviti menarik yang dijalankan ialah Permainan Robotik, Virtual Reality (VR) dan perkhidmatan membaca secara dalam talian (Boox Note). Terima kasih atas jemputan serta sambutan daripada para pengunjung.