PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN BERGERAK SEMPENA KARNIVAL HARI SUKAN NEGARA DUN TRONG @ PERMATANG RAJA 2022

TAIPING, 08 Oktober 2022- Perpustakaan Bergerak Multimedia Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak telah dijemput menyertai Karnival Hari Sukan Negara DUN Trong @ Permatang Raja 2022 bertempat di Padang Kampung Permatang Raja. Program ini bertujuan menyediakan dan memperkenalkan aktiviti yang menarik kepada golongan kanak-kanak. Seramai 200 orang peserta telah menyertai program yang disediakan oleh pihak perpustakaan. Antara pengisian program adalah permainan Dam Ular Gergasi, Hide and Seek Puzzle dan Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak Multimedia. Hadir sama, YB Puan Jamilah Binti Zakaria, Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak.