FIESTA PERPUSTAKAAN HULU PERAK 2026 LABUHKAN TIRAI DENGAN JAYANYA
GERIK, 1 Ogos 2026 - Fiesta Perpustakaan Hulu Perak 2026 telah berjaya dilaksanakan di Dewan Serbaguna Gerik dengan penyertaan yang menggalakkan daripada komuniti setempat.
Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan sepanjang program termasuk 5KM Fun Run, Pertandingan Catur, Pertandingan E-Sports EAFC26 FIFA World Cup, Pertandingan Perbahasan 4 Penjuru, Bengkel Penulisan Novel KOMSAS, Resin Kids Art, aktiviti Masak-Masak bersama Kolej Komuniti Gerik, Robotik Kanak-Kanak, Robotik dan VR PPANPk serta Bas Multimedia PPANPk.
Program turut diserikan dengan pelbagai pameran dan gerai jualan yang memberikan pengalaman serta aktiviti bermanfaat kepada pengunjung khususnya kanak-kanak, pelajar sekolah dan komuniti setempat.
Pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Norhasmaliana binti Ismail, Ketua Penolong Pegawai Daerah, rakan kerjasama Gerik Runner, Kolej Komuniti Gerik, Perpustakaan Negara Malaysia, para pempamer, sukarelawan serta semua peserta yang telah bersama-sama menjayakan Fiesta Perpustakaan Hulu Perak 2026.
Diharapkan penganjuran program ini dapat terus menggalakkan masyarakat untuk menyertai aktiviti berunsurkan ilmu, kreativiti dan teknologi serta memanfaatkan perkhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan.



































































































1.jpg)

























































-min.jpg)













































.jpg)
.jpg)





