FESTIVAL SASTERA & SENI KANAK-KANAK 2025
SERI ISKANDAR, 15 November 2025 - Festival Sastera & Seni Kanak-Kanak telah berlangsung dengan jayanya.
Festival yang julung kali diadakan ini mendapat sambutan hangat dengan jumlah pengunjung sekitar 1000 orang. Pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan seperti pameran dan aktiviti mewarna seramik dari Persatuan Seni Seramik Perak (PERSERA), demo pembuatan labu sayong, aktiviti mewarna kanvas dan aktiviti mencanting batik. Selain itu, pelbagai reruai disediakan seperti Dapur Warisan, Pameran Robotik dari IKBN, petting zoo, perkhidmatan bas bergerak serta permainan E-Sport PPANPk.
Festival ini telah menampilkan ikon komik muslimah Ana Muslim. Selain itu, personaliti dan penulis buku terkenal iaitu Bonda Nor serta Cikgu Nai turut hadir dalam pengisian slot Bengkel Speed Reading & Bengkel Bercerita. Turut menampilkan Kumpulan Teater dari Badan Budaya Perak di bawah bimbingan Encik Nazarul Amin telah membuat persembahan teater.
Festival ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Khairudin bin Abu Hanipah selaku Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk). Turut hadir sama Pengarah PPANPk, Puan Rafidah bt Abdul Aziz.
Festival ini dapat menggalakkan masyarakat untuk menghayati keindahan sastera dan seni melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan.























































1.jpg)

























































-min.jpg)













































.jpg)
.jpg)





