DARIKU UNTUKMU: USAHA SAMA PPANPk DAN KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA MELALUI PNM MENJAYAKAN PROGRAM SUMBANGAN BUKU

TAIPING, 17 MEI 2025 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah dipilih sebagai agensi kerjasama bagi penganjuran program 'Dariku Untukmu' oleh Kementerian Perpaduan Negara dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).

Program ini merupakan Majlis Sumbangan Buku kepada sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang terpilih dari daerah Larut, Matang dan Selama. Majlis ini telah diadakan di Perpustakaan Awam Cawangan Utama Taiping dan disempurnakan oleh YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara.

Hadir sama adalah Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, YBrs. Encik Edy Irwan bin Zulkafli; Timbalan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, YBrs. Puan Anisatul Wahidah binti Abdul Wahid; Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, YBrs. Puan Rafidah binti Abdul Aziz; Pegawai Daerah Larut Matang Dan Selama, YBhg. Tuan Mohd Nasrul bin Menhad dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping, YBhg. Tuan Khairul Amir bin Mohamad Zubir.

Sebanyak lapan buah sekolah terlibat dalam program ini iaitu:

1. SJKT Kamunting

2. SJKT Ladang Getah Taiping

3. SJKT Ladang Sin Wah

4. SJKT Ulu Sepetang

5. SJKT Kampong Jebong Lama

6. SJKT Ladang Allagar

7. SJKT YMHA Taiping

8. SJKT St Teresa Convent

Menariknya, PPANPk turut memeriahkan program dengan membawa aktiviti permainan robotik kepada peserta dan pengunjung yang hadir. Diharapkan program seumpama ini dapat memberi manfaat serta menyemarakkan usaha memperkukuh budaya membaca dalam kalangan masyarakat.