PENGARAH PPANPk DIRAI DALAM MAJLIS PERASMIAN PAMERAN DAN CERAMAH BIBLIOTERAPI UPSI
Tanjong Malim, 22 Mei 2025 – Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk), YBrs. Puan Rafidah binti Abdul Aziz, telah dijemput bagi merasmikan Majlis Perasmian Pameran dan Ceramah Biblioterapi yang berlangsung di Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Program ini merupakan anjuran bersama Perpustakaan Tuanku Bainun dan Persatuan Biblioterapi Malaysia (PERBIMA).
Dalam ucapan perasmiannya, beliau merakamkan penghargaan atas jemputan tersebut dan menyifatkan inisiatif biblioterapi sebagai satu usaha murni yang berpotensi memperkasa kesejahteraan emosi dan pembangunan sahsiah, khususnya dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi.
Majlis turut diserikan dengan ceramah bertajuk “Merawat dengan Naratif: Aplikasi Biblioterapi di Institusi Pendidikan” yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr Wan Satirah Wan Mohd Saman, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Maklumat, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Program ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada pelaksanaan lebih banyak aktiviti berasaskan biblioterapi di pelbagai peringkat komuniti.