BENGKEL MEMBACA MERAWAT JIWA : KENALI BIBLIOTERAPI
KEDAH, 26 - 27 Mei 2025- Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak(PPANPk), YBrs. Puan Rafidah Binti Abdul Aziz telah menerima jemputan daripada Institut Tadbiran Awam Negara Kampus Wilayah Utara (INTURA) bagi memberikan perkongsian berkenaan Biblioterapi. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai asas kemahiran terapi buku melalui kaedah biblioterapi untuk melahirkan para penjawat awam yang mempunyai minda yang sihat dan positif terutamanya ketika melaksanakan pelbagai tugasan serta urusan harian.
Dalam sesi perkongsian tersebut, Puan Rafidah turut menekankan kaedah pemilihan bahan bacaan yang bersesuaian dengan keadaan mental dan emosi individu bagi memberikan sokongan, keselesaan, atau perspektif baharu. Beliau juga memperkenalkan teknik biblioterapi yang boleh diaplikasikan dalam persekitaran kerja.
Diharapkan sesi perkongsian ini memberikan manfaat dan inspirasi kepada penjawat awam untuk menjadikan biblioterapi sebagai salah satu pendekatan literasi maklumat yang menyokong kesejahteraan emosi dan mental.