Program Perkongsian Ilmu "Wanita Dan Keselamatan" telah diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak. Seramai 78 orang peserta yang terdiri daripada agensi kerajaan, pertubuhan, persatuan dan Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta telah terlibat dalam program yang dijalankan. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada masyarakat dalam menyantuni keselamatan wanita dari segi fizikal dan mental. Selain itu, memberi pendedahan kepada masyarakat tentang penguatkuasaan undang-undang berkaitan penindasan terhadap wanita.

Antara pengisian program adalah perkongsian ilmu "Wanita Dan Keselamatan" yang disampaikan oleh Inspektor Nurhidayah Binti Omar, Pegawai Penyiasat Jenayah Ibu Pejabat Polis Batu Gajah, Pameran Keselamatan dan Kuiz berkaitan Wanita dan Keselamatan.

Hadir sama, Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, ACP Datin Seri Halimahton Binti Ahmad.

#ppanpkmembaca
#perakmembaca
#PerakSejahtera
#peraksejahtera2030