Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak dijemput untuk memeriahkan Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Perak anjuran Kerajaan Negeri Perak melalui Sekretariat Pembangunan Wanita dan Negeri Perak. Majlis Pelancaran Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Perak Tahun 2023 yang dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak yang diadakan di Laman Seri Ridzuan pada 19 Mac 2023. Pelbagai aktiviti dianjurkan kepada pengunjung iaitu Roda Ilmu, Hide & Seek Puzzle, Catur dan Congkak. Turut hadir YB Puan Salbiah binti Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan.

#ppanpkmembaca
#perakmembaca
#PerakSejahtera
#peraksejatera2030