Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berita baik kepada semua warga Ipoh. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak menyediakan perkhidmatan baru iaitu 'Buku Untuk Anda'. Kini, ahli perpustakaan di sekitar Ipoh boleh membuat permohonan pinjaman buku secara dalam talian. Buku yang dipinjam akan dihantar ke lokasi peminjam. Sila tonton video yang disertakan untuk maklumat lebih terperinci. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi talian 05-2491876. Terima kasih.