PERATURAN PERPUSTAKAAN
- Tidak dibenarkan MAKAN, MINUM, MEROKOK, MELUDAH, MENDENGAR WALKMAN dan menggunakan TELEFON BIMBIT di dalam perpustakaan.
- Pengguna hendaklah berpakaian KEMAS dan SOPAN. Pengguna BERSELUAR dan BERSKIRT PENDEK atau memakai BAJU yang TIDAK BERLENGAN dilarang memasuki perpustakaan ini. (Kanak-kanak dikecualikan).
- Sebarang buku teks atau rujukan persendirian yang hendak dibawa masuk ke dalam perpustakaan hendaklah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada kakitangan perpustakaan yang bertugas.
- Pengguna DEWASA TIDAK DIBENARKAN MASUK atau MEMBACA di dalam perpustakaan kanak-kanak
- Pengguna terutamanya para remaja dilarang melakukan perkara sumbang.
- Pengguna dilarang mengubah susunatur perabot atau alatan di dalam perpustakaan.
- Pengguna tidak dibenarkan bercakap dengan kuat hingga mengganggu pengguna lain.
- Tidak dibenarkan MENGAMBIL GAMBAR di dalam perpustakaan tanpa kebenaran.
- Lampu akan dipadam 15 minit sebelum masa ditutup dan semua pengguna hendaklah meninggalkan perpustakaan.
- PEGAWAI DAN KAKITANGAN BERHAK MENGHALANG PENGGUNA YANG TIDAK MEMATUHI PERATURAN PERPUSTAKAAN YANG DITETAPKAN.