Perkongsian Untuk Kesedaran (COVID-19)

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
Pengumuman

Perkongsian Untuk Kesedaran

Dengan pengisytiharan yang dibuat oleh Petubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) wabak COVID-19 sebagai pandemik, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak telah memutuskan untuk:-

1. Semua AKTIVITI Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak akan DITANGGUHKAN sehingga dimaklumkan kelak.

2. Elakkan dari hadir ke perpustakaan, jika anda berasa tidak sihat.

3. Pengguna dialu-alu untuk menggunakan perkhidmatan atas talian di laman sesawang Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (http://ppanpk.perak.gov.my).

4. Jabatan akan sentiasa menjalankan pemeriksaan suhu badan kepada semua pengunjung dan kakitangan.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi kerana keselamatan anda adalah keutamaan kami. Kami berharap semua masyarakat mengambil langkah pencegahan yang betul untuk memastikan wabak COVID-19 ini tidak merebak.

Adalah tanggungjawab semua untuk memastikan masyarakat kita sentiasa sihat dan selamat.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Perpustakaan Awam Negeri Perak di talian 052491876.

Terima kasih

FaLang translation system by Faboba