Perutusan Pengarah

pengarah

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎ dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa kesyukuran kerana diberi kesempatan untuk merakamkan sepatah dua kata sebagai perutusan di ruang laman web PPANPk. Adalah menjadi harapan agar laman web PPANPk dapat dijadikan sebagai medium komunikasi dan penyampaian maklumat yang berkesan dalam memaklumkan segala aktiviti dan program yang telah berjaya dilaksanakan dengan baik diseluruh perkhidmatan perpustakaan. Pembaharuan harus dilaksanakan secara bersepadu dan berterusan iaitu dengan sentiasa melaksanakan penambahbaikan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Melalui laman web rasmi PPANPk adalah diharapkan supaya penyaluran maklumat dan jalinan komunikasi diantara masyarakat dan PPANPk dapat dipertingkatkan. Selain itu , masyarakat juga didedahkan dengan aktiviti dan program seluruh perkhidmatan PPANPk yang dilaksanakan sepanjang tahun diseluruh negeri.

Sebagai Pengarah PPANPk saya mengucapkan 'Selamat Melayari Laman Web Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak' . Semoga maklumat yang dipaparkan dapat memberi manafaat kepada pengunjung laman ini.

Sekian , terima kasih

Haji Mohammad Nazari bin Haji Abdul Hamid
Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak