PELANCARAN PROGRAM BACAAN NILAM PUSAT SUMBER SMJK POI LAM

CHEMOR, 14 Mac 2024 - Majlis Pelancaran Program Bacaan Nilam Pusat Sumber SMJK Poi Lam telah dirasmikan oleh Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Puan Rafidah Binti Abdul Aziz bertempat di Pusat Serbaguna Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Poi Lam. Menurut beliau dalam ucapan perasmian, dengan membaca boleh memberi manfaat kepada fizikal dan mental dan di antaranya menjadi medium simulasi kepada otak supaya boleh berfikir dengan baik, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah disamping dapat meningkatkan empati individu, mengurangkan tekanan dan meningkatkan perbendaharaan kata.

Tahniah kepada SMJK Poi Lam di atas penambah baik Program Bacaan NILAM bagi meningkatkan kualiti pembacaan diantaranya kepelbagaian bahan sumber bahan bacaan yang dibaca, melaksanakan aktiviti pengayaan selepas pembacaan dan gabungan aktiviti dengan pembacaan. Semoga SMJK Poi Lam sentiasa cemerlang dan gemilang dengan melestarikan budaya pembacaan berkualiti dengan penglibatan semua murid dan warga sekolah.