MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT UNTUK PALESTINE

IPOH, 15 DISEMBER 2023 – Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Puan Rafidah binti Abdul Aziz bersama-sama warga PPANPk telah berhimpun untuk mengimarahkan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat untuk Palestine anjuran bersama Kelab Rekreasi dan Kebajikan Kakitangan (KREKAP). Bacaan Yasin dan Doa Selamat ini telah diketuai oleh Saudara Muhamad Amirul Zarif bin Mohd Zamri. Semoga bacaan doa ini diterima oleh Allah S.W.T ke atas saudara Palestin yang sedang berjuang dengan nyawa dan darah di bumi Al-Quds. Disamping itu, KREKAP turut mengadakan kutipan bagi disalurkan ke Tabung Kemanusiaan Palestine Negeri Perak dalam membantu dan meringankan penderitaan rakyat Palestin yang menjadi mangsa Zionis.